Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang   diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada   semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak   semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah   ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu   yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam   menghasilkan perubahan diri.
 
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah   berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan   memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien   memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan   menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan   kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang   dihadapinya.  

0 comments:
Post a Comment